Saturday, 14 January 2012

Tempat Jatuh Lagi Dikenang .....

Tempat jatuh lagi dikenang, 
Inikan pula tempat ......
lahir
bermain
belajar
pertemuan 2 hati
lain-lain?

p/s: sekadar tekaan penulis, mungkin betul mngkn tidak. Wallahuaklam!


semuanya di kota pada hemat penulis telah selesai,
sambutan utk yg bersara juga telah selesai
sambutan oleh kenalan2 rapat di universiti (kelmarin) & di kariah surau al-falah (mlm semlam)
yg merupakan titik noktahnya kehidupan di kota.
mengimbau kehidupan di kota suatu masa dulu,
memulakan keluarga, membina kerjaya & membesarkan anak2.
urusan pemindahan barang2 juga keseluruhannya dilihat telah selesai.
jadi pergilah dgn hati yg teruja berbaur kesedihan.
teruja utk memulakan penghidupan yg berbaki di usia tua
untuk menabur bakti di tempat sendiri
berkongsi & menyampaikan buat kenalan & generasi kg seterusnya.
perasaan sedih & hiba meninggalkan anak menantu & cucu di bandar yg penuh cabarannya.

pesan utk si anak berbuat baktilah kpd kedua orang tua
sesekali, sebaiknya selalulah berkunjung menziarahi
kerana jauhnya kian x terasa pabila kebiasaan menguasai
melihatkan sakit lelah & menghiburkan hati
yg pastinya merindui, dambakan kasih sayang 
& untuk melihat keletah cucu yang membesar saban hari
kata ulama, 
berdoalah sebanyak manapun
namun tiada nilainya (doa) 
seandainya hilang kasihmu
terhadap ibu dan ayah.

bagaimanakah babak-babak kehidupan seterusnya yg di kota mahupun di desa?
moga yosminar's clan sentiasa dirahmati Illahi

No comments: